BANK ISLAM ZAMAN NABI DAN SAHABAT

Adakah Zaman Nabi Dan Sahabat Ada Bank Islam? Aktiviti perbankan sebenarnya dimulai sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Nabi Muhammad S.A.W sebelum diutus menjadi Rasul telah dikenali sebagai “al-Amin” yang bererti orang yang terpercaya untuk menyimpan segala macam barang titipan(Deposit) orang ramai. Sehingga saat terakhir sebelum Rasulullah S.A.W hijrah ke madinah, beliau melantik ‘Ali bin Abi Talib R.A untuk mengembalikan segala deposit itu kepada pemiliknya.

Bagi yang menyelusuri sejarah Islam, tindakan Rasulullah telah dikembangkan lebih lanjut oleh sahabat iaitu Zubair bin Awwam R.A , Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Zubair

1. Khidmat Simpanan (wadi’ah oleh Zubair al-‘Awwam).

Ibn Sa’ad mencatatkan bahawa ramai yang datang kepada Zubair dan meminta untuk disimpan wang mereka sehingga Zubair menolak kerana berasa terbeban kemungkinan akan hilang wang tersebut sedangkan beliau sendiri langsung tidak boleh menggunakannya.

Maka Zubair berkata “ Tidak, tapi jadikannya sebagai pinjaman, sesungguhnya aku bimbang ia akan hilang”.Zubair meminta penyimpan untuk menyimpan atas dasar pinjaman dan bukan lagi wadi’ah.

Hasil daripada tindakan Zubair, semakin ramai yang datang kepadanya sehingga jumlah yang dipegangnya mencecah 2,200,000 dirham. Satu jumlah yang amat besar pada zaman tersebut.

Melalui tindakan Zubair ini beliau telah menukar asas konsep wadi’ah yang hanya menjaga amanah dan menyimpan tanpa boleh digunakan, kepada pinjaman yang membolehkannya untuk melaburkannya dan pada masa sama menjamin keselamatan wang tersebut.

Dengan kata lain, Baginda lebih suka menerima harta sebagai bentuk pinjaman daipada dianggap sebagai deposit. Kerana ianya bersifat pinjaman, Zubair dapat memanfaatkan harta yang dipinjam, sekaligus berkewajiban untuk mengembalikannya secara kekal.

2. Khidmat Perbankan oleh Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Zubair.

Diriwayatkan juga, Ibn Abbas r.a mengambil wang perak di Makkah bagi membawanya ke Kufah dan Abdullah bin Zubair pula menulis dan mengambil wang perak dari Kufah untuk dibawa ke Makkah dan seterusnya ke Iraq. Tindakan mereka ini merupakan salah satu daripada khidmat-khidmat yang ditawarkan oleh perbankan moden seperti “credit transfer”.

Kesimpulan daripada pendedahan ini, maka terbukti bahawa khidmat perbankan selagi menepati hukum syariah maka ia dibenarkan. Tambahan pula, jika kewujudannya boleh memudahkan dan memberi manfaat yang banyak buat masyarakat.

PENGGUNAAN CEK JUGA TELAH WUJUD PADA ZAMAN NABI S.A.W DAN SAHABAT

Aktiviti Penggunaan Cek (seperti kisah „Umar bin al-Khattab R.A ketika mengimport sejumlah besar barang dari mesir ke Madinah dan untuk mempercepatkan distribusi barang-barang tersebut kepada penduduk Madinah, Khalifah mengeluarkan cek untuk penduduk Madinah sebagai bentuk mekanisme pembayaran dari suatu perdangan .

Penggunaan cek ini telah dikenali secara luas sejajar dengan meningkatnya perdagangan antara negeri Syam dan negeri Yaman, sekurang-kurangnya berlaku 2 kali dalam setahun. Bahkan Umar bin Khatab R.A sendiri telah menggunakan cek untuk membayar elaun kepada mereka yang berhak. Dengan cek tersebut, mereka yang mendapatkannya berhak mengambil gandum di Baitul Mal yang pada masa itu diimport dari Mesir.

Selain adanya fungsi menerima deposit harta, atau fungsi pinjam meminjam, dan fungsi pengiriman wang, pada zaman Rasulullah SAW juga telah melakukan fungsi pemberian modal kerja yang berdasarkan kepada hasil seperti mudharabah, musyarakah, muzara’ah, musaqah yang telah dikenal sejak awal oleh kaum Muhajirin dan kaum Ansar.

Sistem kewangan Islam diterima selagi mana semua manfaat yang dapat di kawal selia dalam lingkungan hukum Islam.

Bacaan Lanjut : Sejarah dan Sistem Perbankan Islam

Pada masa ini, kami menjalankan promosi untuk “0% Maker and Taker Fee”!!  Tekan sini

Kami akhirnya mengeluarkan E-Book “CRYPTO FOR DUMMIES” . Klik di sini untuk mendapatkan sampel PERCUMA.

Related posts